Friday 11 November 2011

cognosy.. oh.. cognosy..

Pharmacognosy... Please Be Nice With Me!!!

Sunday 11 September 2011

New Semester Started


Semester baru bermula. Subjek baru, pensyarah baru, timetable baru, buku baru dan ilmu baru. Semua serba-serbi baru. Aku juga perlu memperbaharui dan perbaiki diri aku supaya semester ini lebih baik dari semester yang lepas. Mari start belajar!!!! jangan lupa mulakan belajar dengan doa:


Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan
limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang.

Otak: mula berfungsi sepenuhnya
Hati: semoga selamat menempuh semester baru.. Insyaallah..

Selamat kembali ke rutin harian pelajar

Assalamualaikum dan Salam Syawal...

Hari ini berakhirlah cuti semester empat bulan yang sangat lama. Esok bermula kembali rutin harian aku sebagai pelajar. Selamat menjalani kehidupan sebagai pelajar semula kepada semua pelajar ijazah terutama pelajar Fakulti Farmasi UiTM Puncak Alam. Sama-samalah kita meneruskan perjalanan ke menara gading dan jangan sesekali berputus asa. Mari bersama-sama kita berjalan tanpa henti....


Otak: Berehat memikirkan apa akan berlaku esok...
Hati: Sudah bersedia ke aku???

Wednesday 6 July 2011

The Chosen One?


Minggu lepas aku tergerak hati untuk buka laman web I-learn UiTM. Dah boleh download note untuk semester depan rupanya. Alhamdulillah. Semakin lama, semakin susah subjek yang aku perlu belajar. Mula dari Diploma, aku belajar banyak benda basic je. Sampai kat peringkat ijazah, makin pening dibuatnya.

Tapi....terdetik dalam diri aku satu soalan "Betul ke ni yang aku minat?" Kalau nak diikutkan, masa sekolah menengah dulu, aku lebih minat Matematik berbanding Sains. Chemistry pun penah fail. Pernah dulu aku terfikir nak jadi cikgu Matematik. (sesuai ke? haha) Sekarang, aku lebih suka bermain dengan Adobe Photoshop. Memang best edit gambar. Aku belajar dari youtube je. Kadang-kadang aku terfikir jugak, betul ke pilihan aku ambik jurusan farmasi ni?

Look at the bright side. Dalam beribu-ribu permohonan yang memohon diploma farmasi dulu, aku terpilih untuk belajar jurusan ni. Dan habis je diploma, aku dapat tawaran untuk sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda pula. (terpilih lagi). Aku tak seharusnya fikir betul ke bidang yang aku pilih ni, tapi aku perlu bersyukur kerana Allah memilih aku untuk belajar dalam jurusan ni. Mungkin minat aku lebih mendalam kearah Matematik dan Photoshop, tapi Allah knows what is best for us kan.

Kadang-kadang aku rasa malas nak belajar. Buka buku pun tunggu ada peperiksaan je. Duit biasiswa JPA pula digunakan untuk enjoy. Orang selalu cakap, time belajar ni la masa kita kene enjoy puas-puas. Time dah kerja nanti dah tak boleh. Tapi betul ke apa yang aku buat ni? Aku dah dipilih untuk belajar dalam jurusan ni, tapi aku tak menggunakan peluang yang ada itu untuk belajar. Ramai lagi kawan-kawan aku yang tak dapat sambung belajar sebab syarat kemasukan ke bidang ini dah diperketatkan. Sungguh tak bersyukur aku!!!

Untuk aku dan sahabat yang sedang belajar, kita semua telah terpilih untuk belajar dalam jurusan ini sedangkan orang lain tak terpilih. Jadi gunakanlah peluang ini sebaik mungkin. Ramai lagi orang diluar sana yang nak belajar jurusan kita ni tapi tak terpilih. Nasihat dan peringatan ini bukan sahaja untuk sahabat2 semua, tetapi untuk AKU juga. Sekadar untuk memberi kesedaran untuk kita renung bersama.

~teringat masa Diploma dulu~

Tuesday 5 July 2011

Ahli Farmasi??


2011: Genap LIMA tahun aku belajar dalam bidang Farmasi. Bermula dengan Diploma selama TIGA tahun dan sekarang aku dalam perjalanan untuk memiliki Ijazah Sarjana Muda pula yang tinggal DUA tahun lagi. Kalau aku tolak tambah darab bahagi semua, ada lebih kurang TUJUH tahun aku belajar untuk menjadi seorang ahli farmasi bertauliah. (dah macam belajar medic pulak). Kalau balik kampung jumpa saudara-mara, semua mesti tanya "berapa lama lagi belajar?" Tapi baru-baru ni, ada lagi soalan yang baru dikeluarkan oleh nenek aku,"bila nak kahwin?" Ok. Ak tak mampu menjawab soalan tu untuk masa ni. Haha

Bila aku fikir balik, kenapa aku ambil jurusan FARMASI? Ak masih ingat masa mula-mula nak isi borang UPU lepas dapat result SPM, kakak aku belikan aku buku "50 pekerjaan terbaik". Puas aku mentelaah buku tu dan akhirnya bidang farmasi menjadi pilihan aku. Masa tu aku tak tahu pun apa skop kerja farmasi ni. Buku tu tulis permintaan untuk bidang tu sgt tinggi so aku pilih je la. Haha.

Alhamdulillah, setelah hampir lima tahun belajar, baru aku tahu akan apa yang dilakukan oleh seorang ahli farmasi. Kadang-kadang aku rasa bangga dapat belajar farmasi sebab aku rasa ahli farmasi lebih penting berbanding dengan doktor. Doktor tak boleh beri ubat sesuka hati kepada pesakit selagi tidak dibenarkan oleh ahli farmasi. Sebab itu ahli farmasi digelar sebagai "the Drug Lord". Cool kan. Haha.

Tapi tugas ahli farmasi juga sangat berat. Ia boleh bermain dengan nyawa. Hanya dengan sedikit kesilapan memberi ubat, boleh mengancam nyawa pesakit. Dan jika ada pesakit yang meninggal disebabkan oleh ubat yang dimakan, farmasi yang perlu bertanggungjawab. Sebabnya? Sebab Ahli Farmasi ialah seorang pakar dalam ubat-ubatan dan tidak seharusnya salah memberi ubat. Sangat berat tugas yang dipikul oleh seorang ahli farmasi kan!!

Aku masih ada dua tahun untuk menimba ilmu sedalam-dalamnya sebelum menempuh alam pekerjaan yang sebenar diluar sana. Insyaallah aku akan menjadi seorang Ahli Farmasi yang berjaya. Tetapi aku lebih berminat untuk menyambung lagi pelajaran aku diperingkat yang lebih tinggi. Aku berserah pada Qada dan Qadar yang telah Allah tetapkan untuk aku. Aku terima seadanya. Apa yang aku mampu buat sekarang adalah BERUSAHA.

QUOTES


Sentiasa ONLINE dengan Allah
Berusahalah OFFLINE dengan syaitan
Bersungguh-sungguh DOWNLOAD ilmu pengetahuan
UPLOAD amal kebajikan
RESTART diri dengan memohon keampunan
SHUTDOWN hayatmu dengan keimanan 

Monday 4 July 2011

Empat Belas

 

Dengan ini aku mengubah nama blog ini kepada "empat belas".

Soalan:
Kenapa aku tiba-tiba tergerak nak tukar nama blog selepas sekian lama tak update blog ni???

Jawapan:
Nama lama tu aku reka secara sesuka hati aku je sebelum ni. Dah lama puas aku fikir, baru dapat nama yang sesuai untuk blog ni. EMPAT BELAS. Kenapa mesti empat belas? Jawapan mudah, empat belas ialah hari lahir aku. Tidak bawa maksud lain.

Jadi, kita buka buku baru, buku lama jadi pengajaran, banyak cabaran menunggu di hadapan, moga tabah menghadapi semua dugaan. Insyaallah.

Wednesday 8 June 2011

Weird but True

Assalamualaikum...

Entri kali ni, aku nak post pasal fakta-fakta yang ada didunia ni. Semua fakta-fakta ni mungkin tidak pernah terfikir oleh kita atau tidak boleh diterima akal langsung. Hopefully korg dapat sedikit input drpd entri aku yang tidak seberapa ini. Sama-sama kita tambah ilmu. 

Butterflies taste with their feet

A snail can sleep for three years

"Go." is the shortest complete sentence in the English language


Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk? Jawapan : madu 

Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda!

Setiap lipstik mengandung sisik ikan. 


Semakin tinggi sesebuah kapal terbang itu terbang, semakin kurang minyak yang digunakan

Telinga kita akan menghasilkan lebih banyak tahi telinga semasa kita takut berbanding jika kita dalam keadaan normal


Tumbuh-tumbuhan juga boleh mendapat demam jika mereka sakit

Semoga segala info yg aku share ni memberi input even sedikit kpd pembaca semua.

Otak: Menuntut ilmu biar sampai ke negeri China

Hati: Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah... Share it..
 
.:: Aku & Blog ::.
- Bila otak, hati, pena berbicara -


Tuesday 7 June 2011

My Best Friend Wedding

Assalamualaikum....

Hampir 4 hari aku offline sbb pergi ke kenduri kahwin kawan di Kelantan Darul Naim. Hari ni baru ada masa nak update blog aku ni. Dah puas berkampung kat Kelantan selama 4 hari, hari ni aku nk cerita pe aktiviti aku kt sana.

Kenduri kahwin Paan & Ema

SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan kpd kawan baikku Raja Mohd Farhan Nazreen dgn pasangannya Syaemahusna. Semoga berbahagia ke akhir hayat hendaknya.

Walaupun sampai kenduri korg lewat sikit (dlm kol 5 ptg) tp xkisah la asalkan dpt pegi jumpa korg dan makan nasi kenduri. 

Minta maaf sbb dpt pegi rumah perempuan je. Tak sempat nak pegi kt tempat lelaki sbb masa tak mengizinkn. Insyaallah kalau ada masa aku sampai la kt Rantau Panjang umh ko.

Kenduri kahwin Oya

Tidak lupa juga ucapan SELAMAT PENGANTIN BARU kpd Oya dan pasangannya. (tak ingat la nama husband kau Oya).

Lepas pegi kenduri Paan, aku pegi ke kenduri Oya pulak. Ingtkn dekat je, tp makan masa hampir 1 jam jugak la. Sampai kt kenduri Oya pukul 7 mlm. Nasib baik Oya ckp kenduri dia sampai pukul 11 mlm. Dapat gak rasa nasi kenduri dia.

Tapi pape pun, Selamat pengantin baru kpd Oya n pasangan, semoga berbahagia selalu sehingga akhir nya.



Selain dari pegi kenduri kahwin, aku sempat gak pusing-pusing kt Kelantan ni dgn member kt sini. Alang-alang dah sampai Kelantan, rugi kalau tak melancong. Ucapan terima kasih kpd Nazman a.k.a Namey  dan keluarga sbb sudi bg tumpangkan rumah selama aku kt Kelantan ni. Layanan ko ngan keluarga mmg first class. Terima kasih banyak2.

Pantai Cahaya Bulan
Tempat pertama aku pergi ialah Pantai Cahaya Bulan (PCB). Asalnya nak pergi KB Mall main bowling je. Tp disebabkan sesak sgt KB Mall, lastly decide pegi PCB makan tepi pantai. Thanx a lot Khairulhafiza (ustat) sbb belanja kiteorg makan malam tu. Sup belut tu mmg tip-top la. Sedap giler. Tak lupa gak thanx Madi ngan Hisyam temankan kiteorg malam tu gak.



Lata Belatan

Kiteorg sempat gak pegi mandi kat Lata Belatan. Ni sume idea si Madi. Thanx byk2 sbb sediakan makanan utk berkelah kt Lata Belatan. Ramai gak member yg join hari tu: Keyo, Acap, Jep, Din dan Jimi. Mmg tempat air terjun yg sgt best dan air yg sgt sejuk. Mmg tak rugi la dtg kt situ.



Stadium Sultan Muhammad IV
Namey bawa kiteorg pegi stadium masa ari sabtu lps. Masa tu ada Karnival Walkathon D'Raja Kelantan "Walk With Me". Macam-macam aktiviti ada seperti Aero-Modelling, Karnival Jualan & Pameran, Karnival Kesihatan, Persembahan Kebudayaan, Pameran Batik, Permainan “Inflatable” dan Konsert. Tapi kiteorg sempat pegi karnival jualan je sbb masa tak mengizinkan.



Makanan
Kelantan mmg terkenal dgn pelbagai juadah makanan. Selama aku kat Kelantan selama 4 hari ni, pelbagai jenis makanan telah aku cuba. Semua sedap-sedap belako. Rasa nk cuba je sume makanan tp apa kan daya, perut aku tak muat nak isi sume makanan tu.



Akhirnya, 4 hari ni mmg aku sgt2 enjoy kt Kelantan. Tahniah kpd kedua-dua pasangan pengantin. Semoga berbahagia selalu hendaknya. Thanx a lot kps sume member2 yg bwk aku jalan-jalan selama berada di Kelantan ni. Ada masa Insyaallah aku dtg lg di bumi Kelantan Darul Naim.

Otak: Tak boleh lupa pengalaman berada di Kelantan

Hati: I will miss U Kelantan

.:: Aku & Blog ::.
- Bila otak, hati, pena berbicara -

Tuesday 31 May 2011

Bye-Bye rambut!!!

Assalamualaikum....

Hari ni dgn rasminya aku memutuskan utk menggunting rambut yg telah sekian lama aku simpan. Dah hampir 3 bulan aku simpan rambut ni. Malaz giler nk g potong. Balik je rumah ari tu. Mak suh potong rambut. Pastu nenek aku pulak ckp xsesuai aku ngan rambut pjg. zzzzzzzzzzz

Setelah lama fikir, akhirnya ak putuskan utk memotong gak rambut aku hari ni.. HUHUHU!!!!
Bawah ni ak upload gmbr sebelum dan selepas rambut ak. (sorry kualiti gmbr agak x memuaskan)

Ni gambar sebelum rambut aku kene potong....

(Agak nye btol la ckp nenek aku.. haha..)

Ni pulak gambr selepas dipotong... haishhhhhhhh!!!!

(ni stail pe potong pun ak xtaw.. haishhh!!!)

Xpe2.. Ak simpan rambut ni sampai abiz cuti 4 bulan ni. Nak tgk hasilnya camne plak.. hahaa
Sampai sini je la entri kali ni. Pendek je. Jmpe lg nex entri k. Salam.

Otak: Xkisah la potong camne pun. Bukan nye jd makin hensem pun. Haha

Hati: Alhamdullilah. Look at de bright side. Potong rambut dpt jaga kebersihan diri. :)

.:: Aku & Blog ::.
- Bila otak, hati, pena berbicara -

Monday 30 May 2011

~kenduri kawen~

Assalamualaikum.....

Dah lame gak x update blog ni lps blk dr pulau kapas. Hari ni ada masa lapang sikit. Masa utk otak dan hati aku pulak berbicara. Hehe...

Cuti 4 bulan ni ak mmg ddk rumah je la. Tanam anggur byk2. Malaz giler nk cari keje. Nk kuar jalan2, JPA dh abiz lak. Hmmm.. Tp yg bezzz nyer time cuti ialah time weekend. Bole dpt mkn free. Mana tak nye, byk je jemputan kawen aku dpt time2 cuti ni. Haha. Ahad lps member sekelas sekolah menengah aku telah menamatkn zaman bujang (Nur Farhana Karim) dgn pasangan pilihannya Saifol.



Mmg padan kedua2 pengantin. Segak dgn baju berwarna pink. (first time aku tgk pengantin pakai baju pink pekat). Semoga bebahagia ke anak cucu. Amin.

Tambah bez lg ari tu aku dpt jmpe member2 sekolah lama. Mmg lame giler ak xjmpe. Haha. Thanx to Azni sbb tmpgkn ak g wedding fana sama2. Dan kps Fizah & Wany, sori sgt2. Mmg dh lame xcontact korg. Nanti ak komen byk2 kt wall FB korg. Tnggu k. Haha. Utk geng2 laki sori gak korg. Xleh nk lepak lama2 ari tu.





Pape pun mmg bezz la dpt jmpe korg blk. Dpt gak isi masa cuti aku yg agak bosan ni. Hopefully dpt gather camni lg lps ni. To Farhana dan Saifol: Selamat Pengantin Baru.

(Otak: Diz week ada lg kenduri kawen member. Bukan 1.. Bukan 2.. Tp 3 kenduri. Xtaw la dpt g semua ke tak. Hopefully dpt la pegi.)

(Hati: Agak2 aku bila nk tempuh alam perkahwinan ni ye. Aku serah kpd Allah atas jodoh aku. Amin.)

Monday 23 May 2011

Kegilaan aku meng'edit' gmbr

Assalamualaikum......

Kegilaan aku mengedit gmbr pakai photoshop makin menjadi2... hahahaaa
Lps blk dr cuti Pulau Kapas byk pulak gmbr cantek2. Terpaksa la aku merajinkn diri mengedit gmbr menggunakan Photoshop CS3 aku... (terpaksa ke!!! haha)
Ni sume hasil editing aku... (p/s: aku still beginner n amateur dlm dunia photoshop ni)

gambr terapung (pakai selective sepia)

selective sepia again (1 of my fav)

ni plak pakai motion blur

yg ni ada mosaic effect (halftone dots)

frosted pixels (tp kurg menjd sikit)

again selective sepia (ak suka effect ni)

selective sepia again n again

motion blur gune warna ungu

movie like effect

Again movie like effect (yg ni fav aku: hasil terbaik aku setakat ni kot.. haha)

polaroid collage

Motion blur

So apa pandangan korg??? Cantek x??? kalo cantek komen la... kalo xcantek pandai2 la cover k.. haha
Ilmu photoshop still belum penuh di dada. Need to improve lg skills. Cuti 4 bln ni ak nk blaja lg photoshop. Ak blaja ni bkn sbb seronok2 je. Mane la taw bole buat duit dgn skills ni selain dr farmasi kn.. 

Ok.. Nak smbg edit gmbr lg.. see korg again next entry...

.:: Aku & Blog ::.
- Bila otak, hati, pena berbicara -

Saturday 21 May 2011

Cuti-Cuti Malaysia!!!!!!!!

Assalamualaikum....

Musim cuti semester dh bermula.... yahooooooo.... Cuti sem bermula dgn cuti-cuti Malaysia... Jauh perjalanan aku dgn member sampai ke Terengganu Darul Iman... Destinasi percutian aku ialah PULAU KAPAS....

Dah lama rasanye ak xbercuti... Last aku pegi cuti pun ngan family ke Pulau Langkawi... Ni first time aku kuar cuti ngan member pegi tempat jauh dr bandar....


Byk gak aktiviti kiteorg wat kt sini.... snorkeling, round island, bbq, beach hiking dll.... Mmg percutian yg xakan dilupakan even last minit punya plan... Kalo bole ak nk rakam setiap saat ada kt pulau tu.. hahaha


Dalam seronok2 wat aktiviti, percutian ni gak mengajar aku erti kebesaran Allah Tuhan Maha Esa... Betapa indah ciptaanNya... Subhanallah!!! Teringat lagu Maher Zain "Open Your Eyes"


OK.. Sampai sini je entry kali ni.... Hopefully ada lg percutian mcm ni masa akan dtg... Special thanx to Muhai, Mazu, Lan, Keba, Azmer n Pojan... next time kita wat lg k... peace



.:: Aku & Blog ::.
- Bila otak, hati, pena berbicara -