Friday 11 November 2011

cognosy.. oh.. cognosy..

Pharmacognosy... Please Be Nice With Me!!!

Sunday 11 September 2011

New Semester Started


Semester baru bermula. Subjek baru, pensyarah baru, timetable baru, buku baru dan ilmu baru. Semua serba-serbi baru. Aku juga perlu memperbaharui dan perbaiki diri aku supaya semester ini lebih baik dari semester yang lepas. Mari start belajar!!!! jangan lupa mulakan belajar dengan doa:


Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan
limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang.

Otak: mula berfungsi sepenuhnya
Hati: semoga selamat menempuh semester baru.. Insyaallah..

Selamat kembali ke rutin harian pelajar

Assalamualaikum dan Salam Syawal...

Hari ini berakhirlah cuti semester empat bulan yang sangat lama. Esok bermula kembali rutin harian aku sebagai pelajar. Selamat menjalani kehidupan sebagai pelajar semula kepada semua pelajar ijazah terutama pelajar Fakulti Farmasi UiTM Puncak Alam. Sama-samalah kita meneruskan perjalanan ke menara gading dan jangan sesekali berputus asa. Mari bersama-sama kita berjalan tanpa henti....


Otak: Berehat memikirkan apa akan berlaku esok...
Hati: Sudah bersedia ke aku???

Wednesday 6 July 2011

The Chosen One?


Minggu lepas aku tergerak hati untuk buka laman web I-learn UiTM. Dah boleh download note untuk semester depan rupanya. Alhamdulillah. Semakin lama, semakin susah subjek yang aku perlu belajar. Mula dari Diploma, aku belajar banyak benda basic je. Sampai kat peringkat ijazah, makin pening dibuatnya.

Tapi....terdetik dalam diri aku satu soalan "Betul ke ni yang aku minat?" Kalau nak diikutkan, masa sekolah menengah dulu, aku lebih minat Matematik berbanding Sains. Chemistry pun penah fail. Pernah dulu aku terfikir nak jadi cikgu Matematik. (sesuai ke? haha) Sekarang, aku lebih suka bermain dengan Adobe Photoshop. Memang best edit gambar. Aku belajar dari youtube je. Kadang-kadang aku terfikir jugak, betul ke pilihan aku ambik jurusan farmasi ni?

Look at the bright side. Dalam beribu-ribu permohonan yang memohon diploma farmasi dulu, aku terpilih untuk belajar jurusan ni. Dan habis je diploma, aku dapat tawaran untuk sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda pula. (terpilih lagi). Aku tak seharusnya fikir betul ke bidang yang aku pilih ni, tapi aku perlu bersyukur kerana Allah memilih aku untuk belajar dalam jurusan ni. Mungkin minat aku lebih mendalam kearah Matematik dan Photoshop, tapi Allah knows what is best for us kan.

Kadang-kadang aku rasa malas nak belajar. Buka buku pun tunggu ada peperiksaan je. Duit biasiswa JPA pula digunakan untuk enjoy. Orang selalu cakap, time belajar ni la masa kita kene enjoy puas-puas. Time dah kerja nanti dah tak boleh. Tapi betul ke apa yang aku buat ni? Aku dah dipilih untuk belajar dalam jurusan ni, tapi aku tak menggunakan peluang yang ada itu untuk belajar. Ramai lagi kawan-kawan aku yang tak dapat sambung belajar sebab syarat kemasukan ke bidang ini dah diperketatkan. Sungguh tak bersyukur aku!!!

Untuk aku dan sahabat yang sedang belajar, kita semua telah terpilih untuk belajar dalam jurusan ini sedangkan orang lain tak terpilih. Jadi gunakanlah peluang ini sebaik mungkin. Ramai lagi orang diluar sana yang nak belajar jurusan kita ni tapi tak terpilih. Nasihat dan peringatan ini bukan sahaja untuk sahabat2 semua, tetapi untuk AKU juga. Sekadar untuk memberi kesedaran untuk kita renung bersama.

~teringat masa Diploma dulu~

Tuesday 5 July 2011

Ahli Farmasi??


2011: Genap LIMA tahun aku belajar dalam bidang Farmasi. Bermula dengan Diploma selama TIGA tahun dan sekarang aku dalam perjalanan untuk memiliki Ijazah Sarjana Muda pula yang tinggal DUA tahun lagi. Kalau aku tolak tambah darab bahagi semua, ada lebih kurang TUJUH tahun aku belajar untuk menjadi seorang ahli farmasi bertauliah. (dah macam belajar medic pulak). Kalau balik kampung jumpa saudara-mara, semua mesti tanya "berapa lama lagi belajar?" Tapi baru-baru ni, ada lagi soalan yang baru dikeluarkan oleh nenek aku,"bila nak kahwin?" Ok. Ak tak mampu menjawab soalan tu untuk masa ni. Haha

Bila aku fikir balik, kenapa aku ambil jurusan FARMASI? Ak masih ingat masa mula-mula nak isi borang UPU lepas dapat result SPM, kakak aku belikan aku buku "50 pekerjaan terbaik". Puas aku mentelaah buku tu dan akhirnya bidang farmasi menjadi pilihan aku. Masa tu aku tak tahu pun apa skop kerja farmasi ni. Buku tu tulis permintaan untuk bidang tu sgt tinggi so aku pilih je la. Haha.

Alhamdulillah, setelah hampir lima tahun belajar, baru aku tahu akan apa yang dilakukan oleh seorang ahli farmasi. Kadang-kadang aku rasa bangga dapat belajar farmasi sebab aku rasa ahli farmasi lebih penting berbanding dengan doktor. Doktor tak boleh beri ubat sesuka hati kepada pesakit selagi tidak dibenarkan oleh ahli farmasi. Sebab itu ahli farmasi digelar sebagai "the Drug Lord". Cool kan. Haha.

Tapi tugas ahli farmasi juga sangat berat. Ia boleh bermain dengan nyawa. Hanya dengan sedikit kesilapan memberi ubat, boleh mengancam nyawa pesakit. Dan jika ada pesakit yang meninggal disebabkan oleh ubat yang dimakan, farmasi yang perlu bertanggungjawab. Sebabnya? Sebab Ahli Farmasi ialah seorang pakar dalam ubat-ubatan dan tidak seharusnya salah memberi ubat. Sangat berat tugas yang dipikul oleh seorang ahli farmasi kan!!

Aku masih ada dua tahun untuk menimba ilmu sedalam-dalamnya sebelum menempuh alam pekerjaan yang sebenar diluar sana. Insyaallah aku akan menjadi seorang Ahli Farmasi yang berjaya. Tetapi aku lebih berminat untuk menyambung lagi pelajaran aku diperingkat yang lebih tinggi. Aku berserah pada Qada dan Qadar yang telah Allah tetapkan untuk aku. Aku terima seadanya. Apa yang aku mampu buat sekarang adalah BERUSAHA.

QUOTES


Sentiasa ONLINE dengan Allah
Berusahalah OFFLINE dengan syaitan
Bersungguh-sungguh DOWNLOAD ilmu pengetahuan
UPLOAD amal kebajikan
RESTART diri dengan memohon keampunan
SHUTDOWN hayatmu dengan keimanan 

Monday 4 July 2011

Empat Belas

 

Dengan ini aku mengubah nama blog ini kepada "empat belas".

Soalan:
Kenapa aku tiba-tiba tergerak nak tukar nama blog selepas sekian lama tak update blog ni???

Jawapan:
Nama lama tu aku reka secara sesuka hati aku je sebelum ni. Dah lama puas aku fikir, baru dapat nama yang sesuai untuk blog ni. EMPAT BELAS. Kenapa mesti empat belas? Jawapan mudah, empat belas ialah hari lahir aku. Tidak bawa maksud lain.

Jadi, kita buka buku baru, buku lama jadi pengajaran, banyak cabaran menunggu di hadapan, moga tabah menghadapi semua dugaan. Insyaallah.