Assalamualaikum dan Salam Syawal...
Hari ini berakhirlah cuti semester empat bulan yang sangat lama. Esok bermula kembali rutin harian aku sebagai pelajar. Selamat menjalani kehidupan sebagai pelajar semula kepada semua pelajar ijazah terutama pelajar Fakulti Farmasi UiTM Puncak Alam. Sama-samalah kita meneruskan perjalanan ke menara gading dan jangan sesekali berputus asa. Mari bersama-sama kita berjalan tanpa henti....
Otak: Berehat memikirkan apa akan berlaku esok...
Hati: Sudah bersedia ke aku???
Sunday, 11 September 2011
Wednesday, 6 July 2011
The Chosen One?
Minggu lepas aku tergerak hati untuk buka laman web I-learn UiTM. Dah boleh download note untuk semester depan rupanya. Alhamdulillah. Semakin lama, semakin susah subjek yang aku perlu belajar. Mula dari Diploma, aku belajar banyak benda basic je. Sampai kat peringkat ijazah, makin pening dibuatnya.
Tapi....terdetik dalam diri aku satu soalan "Betul ke ni yang aku minat?" Kalau nak diikutkan, masa sekolah menengah dulu, aku lebih minat Matematik berbanding Sains. Chemistry pun penah fail. Pernah dulu aku terfikir nak jadi cikgu Matematik. (sesuai ke? haha) Sekarang, aku lebih suka bermain dengan Adobe Photoshop. Memang best edit gambar. Aku belajar dari youtube je. Kadang-kadang aku terfikir jugak, betul ke pilihan aku ambik jurusan farmasi ni?
Look at the bright side. Dalam beribu-ribu permohonan yang memohon diploma farmasi dulu, aku terpilih untuk belajar jurusan ni. Dan habis je diploma, aku dapat tawaran untuk sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda pula. (terpilih lagi). Aku tak seharusnya fikir betul ke bidang yang aku pilih ni, tapi aku perlu bersyukur kerana Allah memilih aku untuk belajar dalam jurusan ni. Mungkin minat aku lebih mendalam kearah Matematik dan Photoshop, tapi Allah knows what is best for us kan.
Kadang-kadang aku rasa malas nak belajar. Buka buku pun tunggu ada peperiksaan je. Duit biasiswa JPA pula digunakan untuk enjoy. Orang selalu cakap, time belajar ni la masa kita kene enjoy puas-puas. Time dah kerja nanti dah tak boleh. Tapi betul ke apa yang aku buat ni? Aku dah dipilih untuk belajar dalam jurusan ni, tapi aku tak menggunakan peluang yang ada itu untuk belajar. Ramai lagi kawan-kawan aku yang tak dapat sambung belajar sebab syarat kemasukan ke bidang ini dah diperketatkan. Sungguh tak bersyukur aku!!!
Untuk aku dan sahabat yang sedang belajar, kita semua telah terpilih untuk belajar dalam jurusan ini sedangkan orang lain tak terpilih. Jadi gunakanlah peluang ini sebaik mungkin. Ramai lagi orang diluar sana yang nak belajar jurusan kita ni tapi tak terpilih. Nasihat dan peringatan ini bukan sahaja untuk sahabat2 semua, tetapi untuk AKU juga. Sekadar untuk memberi kesedaran untuk kita renung bersama.
![]() |
| ~teringat masa Diploma dulu~ |
Tuesday, 5 July 2011
Ahli Farmasi??
2011: Genap LIMA tahun aku belajar dalam bidang Farmasi. Bermula dengan Diploma selama TIGA tahun dan sekarang aku dalam perjalanan untuk memiliki Ijazah Sarjana Muda pula yang tinggal DUA tahun lagi. Kalau aku tolak tambah darab bahagi semua, ada lebih kurang TUJUH tahun aku belajar untuk menjadi seorang ahli farmasi bertauliah. (dah macam belajar medic pulak). Kalau balik kampung jumpa saudara-mara, semua mesti tanya "berapa lama lagi belajar?" Tapi baru-baru ni, ada lagi soalan yang baru dikeluarkan oleh nenek aku,"bila nak kahwin?" Ok. Ak tak mampu menjawab soalan tu untuk masa ni. Haha
Bila aku fikir balik, kenapa aku ambil jurusan FARMASI? Ak masih ingat masa mula-mula nak isi borang UPU lepas dapat result SPM, kakak aku belikan aku buku "50 pekerjaan terbaik". Puas aku mentelaah buku tu dan akhirnya bidang farmasi menjadi pilihan aku. Masa tu aku tak tahu pun apa skop kerja farmasi ni. Buku tu tulis permintaan untuk bidang tu sgt tinggi so aku pilih je la. Haha.
Alhamdulillah, setelah hampir lima tahun belajar, baru aku tahu akan apa yang dilakukan oleh seorang ahli farmasi. Kadang-kadang aku rasa bangga dapat belajar farmasi sebab aku rasa ahli farmasi lebih penting berbanding dengan doktor. Doktor tak boleh beri ubat sesuka hati kepada pesakit selagi tidak dibenarkan oleh ahli farmasi. Sebab itu ahli farmasi digelar sebagai "the Drug Lord". Cool kan. Haha.
Tapi tugas ahli farmasi juga sangat berat. Ia boleh bermain dengan nyawa. Hanya dengan sedikit kesilapan memberi ubat, boleh mengancam nyawa pesakit. Dan jika ada pesakit yang meninggal disebabkan oleh ubat yang dimakan, farmasi yang perlu bertanggungjawab. Sebabnya? Sebab Ahli Farmasi ialah seorang pakar dalam ubat-ubatan dan tidak seharusnya salah memberi ubat. Sangat berat tugas yang dipikul oleh seorang ahli farmasi kan!!
Aku masih ada dua tahun untuk menimba ilmu sedalam-dalamnya sebelum menempuh alam pekerjaan yang sebenar diluar sana. Insyaallah aku akan menjadi seorang Ahli Farmasi yang berjaya. Tetapi aku lebih berminat untuk menyambung lagi pelajaran aku diperingkat yang lebih tinggi. Aku berserah pada Qada dan Qadar yang telah Allah tetapkan untuk aku. Aku terima seadanya. Apa yang aku mampu buat sekarang adalah BERUSAHA.
QUOTES
Sentiasa ONLINE dengan Allah
Berusahalah OFFLINE dengan syaitan
Bersungguh-sungguh DOWNLOAD ilmu pengetahuan
UPLOAD amal kebajikan
RESTART diri dengan memohon keampunan
SHUTDOWN hayatmu dengan keimanan
Monday, 4 July 2011
Empat Belas
Dengan ini aku mengubah nama blog ini kepada "empat belas".
Soalan:
Kenapa aku tiba-tiba tergerak nak tukar nama blog selepas sekian lama tak update blog ni???
Jawapan:
Nama lama tu aku reka secara sesuka hati aku je sebelum ni. Dah lama puas aku fikir, baru dapat nama yang sesuai untuk blog ni. EMPAT BELAS. Kenapa mesti empat belas? Jawapan mudah, empat belas ialah hari lahir aku. Tidak bawa maksud lain.
Jadi, kita buka buku baru, buku lama jadi pengajaran, banyak cabaran menunggu di hadapan, moga tabah menghadapi semua dugaan. Insyaallah.
Wednesday, 8 June 2011
Weird but True
Assalamualaikum...
Entri kali ni, aku nak post pasal fakta-fakta yang ada didunia ni. Semua fakta-fakta ni mungkin tidak pernah terfikir oleh kita atau tidak boleh diterima akal langsung. Hopefully korg dapat sedikit input drpd entri aku yang tidak seberapa ini. Sama-sama kita tambah ilmu.
Butterflies taste with their feet
A snail can sleep for three years
"Go." is the shortest complete sentence in the English language
Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk? Jawapan : madu
Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda!
Setiap lipstik mengandung sisik ikan.
Semakin tinggi sesebuah kapal terbang itu terbang, semakin kurang minyak yang digunakan
Telinga kita akan menghasilkan lebih banyak tahi telinga semasa kita takut berbanding jika kita dalam keadaan normal
Tumbuh-tumbuhan juga boleh mendapat demam jika mereka sakit
Semoga segala info yg aku share ni memberi input even sedikit kpd pembaca semua.
Otak: Menuntut ilmu biar sampai ke negeri China
Hati: Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah... Share it..
.:: Aku & Blog ::.
- Bila otak, hati, pena berbicara -
Tuesday, 7 June 2011
My Best Friend Wedding
Assalamualaikum....
Hampir 4 hari aku offline sbb pergi ke kenduri kahwin kawan di Kelantan Darul Naim. Hari ni baru ada masa nak update blog aku ni. Dah puas berkampung kat Kelantan selama 4 hari, hari ni aku nk cerita pe aktiviti aku kt sana.
Kenduri kahwin Paan & Ema
SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan kpd kawan baikku Raja Mohd Farhan Nazreen dgn pasangannya Syaemahusna. Semoga berbahagia ke akhir hayat hendaknya.
Walaupun sampai kenduri korg lewat sikit (dlm kol 5 ptg) tp xkisah la asalkan dpt pegi jumpa korg dan makan nasi kenduri.
Minta maaf sbb dpt pegi rumah perempuan je. Tak sempat nak pegi kt tempat lelaki sbb masa tak mengizinkn. Insyaallah kalau ada masa aku sampai la kt Rantau Panjang umh ko.
Kenduri kahwin Oya
Tidak lupa juga ucapan SELAMAT PENGANTIN BARU kpd Oya dan pasangannya. (tak ingat la nama husband kau Oya).
Lepas pegi kenduri Paan, aku pegi ke kenduri Oya pulak. Ingtkn dekat je, tp makan masa hampir 1 jam jugak la. Sampai kt kenduri Oya pukul 7 mlm. Nasib baik Oya ckp kenduri dia sampai pukul 11 mlm. Dapat gak rasa nasi kenduri dia.
Tapi pape pun, Selamat pengantin baru kpd Oya n pasangan, semoga berbahagia selalu sehingga akhir nya.
Selain dari pegi kenduri kahwin, aku sempat gak pusing-pusing kt Kelantan ni dgn member kt sini. Alang-alang dah sampai Kelantan, rugi kalau tak melancong. Ucapan terima kasih kpd Nazman a.k.a Namey dan keluarga sbb sudi bg tumpangkan rumah selama aku kt Kelantan ni. Layanan ko ngan keluarga mmg first class. Terima kasih banyak2.
Pantai Cahaya Bulan
Tempat pertama aku pergi ialah Pantai Cahaya Bulan (PCB). Asalnya nak pergi KB Mall main bowling je. Tp disebabkan sesak sgt KB Mall, lastly decide pegi PCB makan tepi pantai. Thanx a lot Khairulhafiza (ustat) sbb belanja kiteorg makan malam tu. Sup belut tu mmg tip-top la. Sedap giler. Tak lupa gak thanx Madi ngan Hisyam temankan kiteorg malam tu gak.
Lata Belatan
Kiteorg sempat gak pegi mandi kat Lata Belatan. Ni sume idea si Madi. Thanx byk2 sbb sediakan makanan utk berkelah kt Lata Belatan. Ramai gak member yg join hari tu: Keyo, Acap, Jep, Din dan Jimi. Mmg tempat air terjun yg sgt best dan air yg sgt sejuk. Mmg tak rugi la dtg kt situ.
Stadium Sultan Muhammad IV
Namey bawa kiteorg pegi stadium masa ari sabtu lps. Masa tu ada Karnival Walkathon D'Raja Kelantan "Walk With Me". Macam-macam aktiviti ada seperti Aero-Modelling, Karnival Jualan & Pameran, Karnival Kesihatan, Persembahan Kebudayaan, Pameran Batik, Permainan “Inflatable” dan Konsert. Tapi kiteorg sempat pegi karnival jualan je sbb masa tak mengizinkan.
Makanan
Kelantan mmg terkenal dgn pelbagai juadah makanan. Selama aku kat Kelantan selama 4 hari ni, pelbagai jenis makanan telah aku cuba. Semua sedap-sedap belako. Rasa nk cuba je sume makanan tp apa kan daya, perut aku tak muat nak isi sume makanan tu.
Akhirnya, 4 hari ni mmg aku sgt2 enjoy kt Kelantan. Tahniah kpd kedua-dua pasangan pengantin. Semoga berbahagia selalu hendaknya. Thanx a lot kps sume member2 yg bwk aku jalan-jalan selama berada di Kelantan ni. Ada masa Insyaallah aku dtg lg di bumi Kelantan Darul Naim.
Otak: Tak boleh lupa pengalaman berada di Kelantan
Hati: I will miss U Kelantan
Hampir 4 hari aku offline sbb pergi ke kenduri kahwin kawan di Kelantan Darul Naim. Hari ni baru ada masa nak update blog aku ni. Dah puas berkampung kat Kelantan selama 4 hari, hari ni aku nk cerita pe aktiviti aku kt sana.
Kenduri kahwin Paan & Ema
SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan kpd kawan baikku Raja Mohd Farhan Nazreen dgn pasangannya Syaemahusna. Semoga berbahagia ke akhir hayat hendaknya.Walaupun sampai kenduri korg lewat sikit (dlm kol 5 ptg) tp xkisah la asalkan dpt pegi jumpa korg dan makan nasi kenduri.
Minta maaf sbb dpt pegi rumah perempuan je. Tak sempat nak pegi kt tempat lelaki sbb masa tak mengizinkn. Insyaallah kalau ada masa aku sampai la kt Rantau Panjang umh ko.
Kenduri kahwin Oya
Tidak lupa juga ucapan SELAMAT PENGANTIN BARU kpd Oya dan pasangannya. (tak ingat la nama husband kau Oya).
Lepas pegi kenduri Paan, aku pegi ke kenduri Oya pulak. Ingtkn dekat je, tp makan masa hampir 1 jam jugak la. Sampai kt kenduri Oya pukul 7 mlm. Nasib baik Oya ckp kenduri dia sampai pukul 11 mlm. Dapat gak rasa nasi kenduri dia.
Tapi pape pun, Selamat pengantin baru kpd Oya n pasangan, semoga berbahagia selalu sehingga akhir nya.
Selain dari pegi kenduri kahwin, aku sempat gak pusing-pusing kt Kelantan ni dgn member kt sini. Alang-alang dah sampai Kelantan, rugi kalau tak melancong. Ucapan terima kasih kpd Nazman a.k.a Namey dan keluarga sbb sudi bg tumpangkan rumah selama aku kt Kelantan ni. Layanan ko ngan keluarga mmg first class. Terima kasih banyak2.
Pantai Cahaya Bulan
Tempat pertama aku pergi ialah Pantai Cahaya Bulan (PCB). Asalnya nak pergi KB Mall main bowling je. Tp disebabkan sesak sgt KB Mall, lastly decide pegi PCB makan tepi pantai. Thanx a lot Khairulhafiza (ustat) sbb belanja kiteorg makan malam tu. Sup belut tu mmg tip-top la. Sedap giler. Tak lupa gak thanx Madi ngan Hisyam temankan kiteorg malam tu gak.
Lata Belatan
Kiteorg sempat gak pegi mandi kat Lata Belatan. Ni sume idea si Madi. Thanx byk2 sbb sediakan makanan utk berkelah kt Lata Belatan. Ramai gak member yg join hari tu: Keyo, Acap, Jep, Din dan Jimi. Mmg tempat air terjun yg sgt best dan air yg sgt sejuk. Mmg tak rugi la dtg kt situ.
Stadium Sultan Muhammad IV
Namey bawa kiteorg pegi stadium masa ari sabtu lps. Masa tu ada Karnival Walkathon D'Raja Kelantan "Walk With Me". Macam-macam aktiviti ada seperti Aero-Modelling, Karnival Jualan & Pameran, Karnival Kesihatan, Persembahan Kebudayaan, Pameran Batik, Permainan “Inflatable” dan Konsert. Tapi kiteorg sempat pegi karnival jualan je sbb masa tak mengizinkan.
Makanan
Kelantan mmg terkenal dgn pelbagai juadah makanan. Selama aku kat Kelantan selama 4 hari ni, pelbagai jenis makanan telah aku cuba. Semua sedap-sedap belako. Rasa nk cuba je sume makanan tp apa kan daya, perut aku tak muat nak isi sume makanan tu.
Akhirnya, 4 hari ni mmg aku sgt2 enjoy kt Kelantan. Tahniah kpd kedua-dua pasangan pengantin. Semoga berbahagia selalu hendaknya. Thanx a lot kps sume member2 yg bwk aku jalan-jalan selama berada di Kelantan ni. Ada masa Insyaallah aku dtg lg di bumi Kelantan Darul Naim.
Otak: Tak boleh lupa pengalaman berada di Kelantan
Hati: I will miss U Kelantan
.:: Aku & Blog ::.
- Bila otak, hati, pena berbicara -
Subscribe to:
Posts (Atom)















